ulama-ulama ku

ulama-ulama ku

Sila Pilih Bahasa Yang Anda Suka =)

Ahad, 26 Jun 2011

kenapa sy masih di sini....?

"hmm…kenapa saya masih disini? InsyaAllah, semuanya adalah kerana Allah. Alhamdulillah…syukur sangat2 kerana Allah masih mengizinkan saya untuk berada di ats jalan ini pada hari ni. Dan mohon sangat2, Dia terus mengizinkan saya untuk berada di atas jalan ini hingga akhir hayat. Sebenarnya, saya terfikir, semua orang boleh bercakap kerana Allah dia masih disini. Tapi, sejauh mana saya rasa memang benar2 kerana Allah saya di sini. Langkah bermula bukanlah senang, banyak cabaran dan dugaan. Dan banyak juga yang telah dikorbankan. Rasa ruginya dan sia-sianya andai dah melangkah separuh jalan, kemudian berpatah balik. Rugi dan sia-sianya segala pengorbanan dan mujahadah untuk memilih jalan ini dan melangkah di sepanjang jalan ini sekiranya tidak sampai ke penghujung jalan. Kalau kerana dahagakan ilmu, saya mungkin boleh memilih sumber lain. Kalau kerana keseronokkan berkerja, mungkin awal2 lagi saya memilih untuk tidak bersama jemaah ini, kerana kadang2 diri ini juga terasa penat. Kalau kerana keramaian akhawat, mungkin juga saya akan berhenti di tengah jalan, kerana kadang2 saya rasa keseorangan dan tersisih. Kalau kerana sahabat/manusia, mungkin juga saya tidak lama di atas jalan ini, kerana manusia juga kadang2 mengecewakan. Tapi, kerana keyakinan saya pada Allah dan pada agama yang diperjuangkan oleh Rasulullah ini, maka saya berusaha dengan sungguh-sungguh agar saya tidak tercicir dari barisan ini. Saya mohon sangat2 moga Allah tambahkan kefahaman saya, kurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran pada saya untuk terus melangkah di atas jalan ini hingga akhir hayat."

.::Yang Terhijab::.

Ketenangan.

Sebuah perkataan yg didambakan rasanya.

Di sebuah tasik, dikelilingi taman yang luas & indah..
Bukit bukau yg terpasak teguh..
Didatangi angin yang bertiup, melagukan bayunya..
Tanpa ada yg menghalang..
Membelai wajah indah..
Tenang..

Di atas sebuah batu tinggi..
Di sebuah pantai..pasirnya putih..
Terbentang laut yang luas..
Beratap langit yang biru..
Damai..

"Bertasbih kpd Allah, segala yg di langit dan di bumi. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" [As-Saff : 1]

Sungguh tenang dan damai jika dibayangkan..
Lebih tenang jika kita merasakan..

Ketenangan.

Itulah rumusnya..

"Tiada yang terhijab.."

Apabila..

Pandangan yg tidak terhijab..
Rasa yg tidak terhijab..
Hati yg tidak terhijab..

Segalanya..

Bagai angin yg bertiup..
laluannya tidak terhalang..

Bagai tasik dan taman yg terbentang..
Luas, tiada yang terhalang..

Bagai laut dan langit yang terhampar..
Biru segala, tiada jua yg menghalang..

Bagai pandangan mata yg memandang itu..
Memandang terus, tanpa yg menghalang..
Pandangan yg merasai keindahan segala yang tak terhalang itu..
Tenang rasanya..

Melahirkan rasa..
Rasa yang indah dari pemandangan yg indah tak terhalang...
Bila memandang yg tak terhalang, hati merasa merdeka tak terhijab jua..

Begitulah hati..
Ketenangan akan lahir dari hati yg tak terhijab..

Hijab antara peminjam hati, dengan Pemilik hati..

Terkadang kita mencari ketenangan..
Memohon doa, membaca KitabNya, solat beberapa rakaat..
Kita usaha juga mencariNya di mana2..
Ya, sepertinya alam yg bertasbih..
Kita juga turut tenang..

Tapi..


Kenapa ketika kita berzikir & bertasbih..
Mendekat padaNya..
Masih terasa kosong..
Hambar..
Resah. Gelisah..

Hati tertanya-tanya..kenapa?

Ya..
Mungkin.
Ada yang terhijab..

Antara kita dgn Pemilik hati, Allah..

Mungkin..

Ada dosa yg masih tersisa..
Ada niat yg belum jelas..
Ada janji yg masih dimungkiri..
Ada kewajiban yg belum sempurna..
Ada kelalaian yg sering disengaja..
Ada kesalahan yg masih tidak dimaaf..
Ada kata2 yg masih tidak diredha..

Ada yang tersisa..
Sehingga ia menghijab..

Doa yg seharusnya terangkat ke langit..
Ditunda dipertengahan jalan..

Kerana belum SEMPURNA antara KITA dan DIA..
Kerana belum SELESAI antara KITA dan MEREKA..

DIA itu Tuhan yang di 'Arasy..
MEREKA itu yang menempati bumi..

Hablu minallah..(hubungan dgn Allah)
Hablu minannas..(hubungan dgn manusia)

Astaghfirullah..
Astaghfirullah..
Astaghfirullah..

Ya Allah, Ya Ghafur, Ya Rahim..
Ampunilah hambaMu yang berdosa ini..

Wahai saudara, wahai sahabat, wahai teman..
Maafkanlah diri yang bersalah ini..

Moga hijab itu terbuka..
Tiada lagi yang menghalang..
Moga tabir itu tersingkap..
Tiada lagi kegelapan..
Turunnya damai..
Rasailah tenang..

Mohonlah keampunan..langsaikan kewajiban..
Mohonlah kemaafan..berbuatlah kebaikan..

Setelah selesai keduanya..
Bersangka baiklah..
Tugas kita sudah selesai..
Serahkan segalanya padaNya..

Allah berkata: "Aku bersama prasangka hamba2 Ku.."

Jika hati masih gelisah..
Bersangkalah bahawa DIA mencintai kita..
DIA mahu kita merayu lagi padaNya..

Bila yg menadahkan tangan adalah hamba yg dicintaiNya, yg tekun beribadah, yg rajin bersedekah, yg menyempurnakan wajib & menegakkan sunnah..

Mungkin saja Allah akan berkata pada malaikatNya..

"Tunggu, Tunda dulu apa yg dihajatinya. Sungguh, Aku bahagia bila diminta. Dan biarlah hambaKu ini terus meminta, terus berdoa, terus menghiba. Aku menyukai doa2nya. Aku menyukai kata2nya dan tangisnya. Aku menyukai khusyu' & tunduknya. Aku menyukai puja & pujinya yg dilantunkannya. Aku tak ingin dia menjauh dariKu setelah mendapat apa yg dipinta. Aku mencintaiNya.."

Subhanallah. Indahnya jika begitu.

Berbaik sangka lah~
Allah Maha Baik :)

Sabtu, 18 Jun 2011

::::Ya Allah ....izinkan aku Ya Allah....:::


Ya Allah,
Izinkan aku menangis,
Atas kelemahan aku pada ketetapanMU.

Ya Allah,
Izinkan aku menangis,
Atas kesedaran aku pada kekuasaanMU.

Ya Allah,
Izinkan aku menangis,
Atas ketidak berdayaanku pada ketentuanMU.

Ya Allah,
Izinkanlah aku meratapi,
Betapa Engkau yang Maha Berkuasa,
Meletakkan ketetapan ini padaku.
Betapa Engkau punya hak,
Untuk aku menyedari kerdilnya diriku,
Atas jawapanMU ini.

Ya Allah,
Izinkan aku melihat dua bintang hatiku,
Yang telah mencuri hatiku,
Yang telah menyiatkan jiwaku,
Yang kerap kali singgah di akal fikiranku,
Yang aku tiada kudrat untuk menidakkannya.

Ya Allah,
Izinkanlah aku meratapi,
Betapa Engkau yang Maha Berkuasa,
Meletakkan ketetapan ini padaku.
Betapa Engkau punya hak,
Untuk aku menyedari kerdilnya diriku,
Atas jawapanMU ini.

Ya Allah,
Izinkan aku melihat dua bintang hatiku,
Yang telah mencuri hatiku,
Yang telah menyiatkan jiwaku,
Yang kerap kali singgah di akal fikiranku,
Yang aku tiada kudrat untuk menidakkannya.

Ya Allah,
Izinkan aku mengalirkan air mata ini,
Atas ujian perasaan,
Yang aku hanya mampu merelakannya hadir,
Walau aku ingin menjauhinya,
Dan aku hanya mampu mengadu padaMU.

Ya Allah,
Betapa lemahnya aku,
Sehingga aku tak mampu untuk mengatakan TIDAK,
Sehingga aku hanya mampu melihat dia pergi,
Dan aku masih kekal di situ.

Ya Allah,
Kau duga aku dengan fitnah,
Dan aku hanya berlari,
Membiarkan soalan itu sepi.

Ya Allah,
Aku adalah hambaMU,
Yang teramat lemah,
Terlalu kerdil,
Dan terlalu penat dengan dunia ini.

Ya Allah,
Izinkan aku merayu padaMU,
Izinkan aku bercerita padaMU,
Izinkan aku mengadu padaMU,
Kerna,
Aku tidak mampu memendam lagi.

Ya Allah,
Sesungguhnya hati ini hakMU,
Dan aku hanya mampu bertanya padaMU,
Tenangkanlah jiwaku dalam membiarkan dia pergi

::luahan hatiku....::

Ujian, cubaan, godaan, dan cabaran!!!!!!!!!!!!!!

Bagaimana harus kuhadapi semuanya ini???

Aku hampir putus asa, aku hampir tak berdaya, dan aku hampir terjatuh.
Namun semuanya itu, telah kukatakan, HAMPIR, belum berlaku.

لا حول ولا قوة إلا بالله

Tetiba kalimah ini terkeluar dari mulutku ini.

aku hampir terlupa pada ALLAH!!!
إنا لله وإنا إليه راجعون


الحمد لله
Kau bangkitkan aku kembali.
Kau tenangkan jiwaku yang resah ini.
Kau tak pernah lupakan hambaMU yang penuh dosa ini.

Maafkanku Ya ALLAH,
kerana aku hampir menjadi hamba yang alpa.

Ya ALLAH kuatkanlah iman hambaMU ini
agar dapat kulalui jalan berliku ini dengan sebaiknya.

Ya ALLAH jangan Kaubiarkan diriku mengemudi hati ini
kerana nafsu dalam diri terlalu hebat pengaruhnya pada qalbi.

Ya ALLAH bimbinglah jiwaku ini ke arah rahmat dan maghfirahMu Ya ALLAH...

Allahumma ameen....

Jumaat, 17 Jun 2011

cukup cintai dia dlm diam,dr kejauhan,dgn kesederhanaan dan keikhlasan







♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*♫•*¨*•.¸¸


Cukup cintai dia dalam diam..
Bukan kerana membenci hadirnya..
Tetapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia..
Tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya..
Tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan..
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian..
Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan..
Kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan..
Menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan..
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati..
Tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?
Insya Allah..
Pilihan ALLAH itu yang TERBAIK..


'..boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.'
~Surah Al Baqarah : Ayat 216~

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan..
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan..
Serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..


'Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.'
~Umar Bin Khattab r.a~

::satu cerita utk dikongsi..::
Penah terdengar kisah Fatimah Az Zahra menceritakan sesuatu kpd Saidina Ali?


Kisah Fatimah dan Saidina Ali.
Usai mereka bernikah..
Fatimah ada mengatakan kepada suaminya ( Saidina Ali )..
"Kanda..dulu, adinda ada mengagumi seorang lelaki..
dan adinda ingin sentiasa bersamanya.."
Maka jawab Saidina Ali:
"Adakah adinda menyesal kerana telah berkahwin dengan kekanda?"
Maka jawab Fatimah:
"Tidak..kerana insan yg dinda kagumi itu adalah kanda.."

Nampak tak..
Contoh yg amat cantik sekali..
Fatimah yg jatuh hati kepada Saidina Ali..
Tidak pernah meluahkan cintanya..
Namun.. dia memendamkannya..

erhmm..
Maka tidak salah bukan.., untuk mencintai seseorng itu..
Biarlah hanya sekadar dalam diam..
Biarlah hanya dari kejauhan...
Biarlah menjadi rahsia hamba dan Tuhannya...
Semoga rahmat Allah menaungi kita selalu..

Bagi ana..
mencintai dlam diam ini kadang2 menyakitkan.. 
tp..apa salahnya berkorban untuk agama kan?
manatahu.. 
Allah akan memakbulkan doa kita agar kita bersama2 dgn yg kita cintai itu..
Kan itu lebih diberkati oleh Allah..
Permulaan hubungan kerana Allah Taala..
dan pengakhiran juga kerana Allah Taala..
iaitu nikah... ngee.. >_~..
Sesungguhnya..
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya selagi kita beriman dan mematuhi segala perintah Allah..
Takdir Allah adalah rahsia..
Tiada siapa yang tahu..
Yang penting kita berusaha memantapkan ilmu, iman dan taqwa kita kpd Allah..
Smoga ana dan anda menemukan pedamping hidup yg terbaik dan mententeramkan jiwa anda.. >_< ❤(。-‿◕。).



♥♥.•*´¨`*•. .♥♥
Amin Ya Rabb.
♥♥`*•.¸¸.•* *♥♥

Khamis, 16 Jun 2011

wahai teman...bangunlah...bangkitlah..!!!!

Wahai teman
Aku tahu kamu bukan jahil
Aku juga tahu, kamu bukan tidak tahu..
Kerana itu aku mahu mengejutkan kamu.

Wahai teman
Bangunlah.. Aku tetap akan berusaha mengejutkan kamu,
Walau apa pun yang kamu lontarkan padaku,
Kerana aku tidak mahu
kamu meninggalkan dunia ini sebagai tahu tapi tidak mahu

Wahai temanku,
Hayatilah Al-quran yang kamu baca itu
Aku pasti kamu mampu
Jika kamu mahu

Wahai temanku
Aku tahu kamu tahu sesuatu
Sampaikanlah pada yang memerlukan petunjukmu
Usahlah malu
Sudah menjadi kewajipan kita memberitahu
Pada orang yang tidak tahu dan tidak mahu

Wahai temanku,
Tiada apa yang hina dengan ilmu agamamu
Ilmu agama itu sebenarnya memuliakanmu
Oh andainya kamu menyedari duhai sahabatku
Tepislah bisikan syaitan sedaya upayamu
Janganlah biarkan nafsu diri merajai hatimu

Wahai temanku,
Walaupun aku sedih melihat kemamaian kamu,
Aku tetap akan berusaha membangunkanmu
Aku tidak mahu kamu cedera kerana kelalaianmu..

Temanku bangunlah.. Aku mahu kamu menjadi teman seperjuangan dalam mengejutkan berjuta manusia lain yang sedang mamai dibuai mimpi tipu daya syaitan..

OH TEMANKU BANGUNLAH DAN BERBUATLAH SESUATU SUPAYA KAMU MENJADI ORANG YANG MAHU..

Rabu, 15 Jun 2011

PEDAS BETUL....

Allah beri otak bijak dari orang untuk berbanggakah?
Atau untuk berfikir "bagaimana aku mahu sebarkan Islam".

Allah beri peluang ikut usrah dan tarbiyyah untuk berbanggakah?
Atau untuk menjadi jalan kita mengamal dan menyebarkan Islam

Allah beri ilmu untuk berlagak pandaikah?
Atau untuk dimanfaatkan demi kejayaan Islam..

Allah beri kawan yang baik dan soleh untuk berbanggakah?
Atau untuk menjadi contoh ikutan..

Allah beri kawan yang tidak baik untuk dijauhikah?
Atau untuk kita seru dan ajak dia kepada Allah...

Marilah kita duduk dan renung sejenak.

Apakah kita ini benar-benar beriman pada Allah dan hari Akhirat.. Sedang kita masih sombong dan perasan dengan nikmat-nikmat Allah.. 

Syukur apanya kalau jumpa seorang sahaja manusia yang menyakitkan hati, sudah tidak mahu memaafkan.
Sedang ramai lagi manusia yang Allah temukan pada kita yang bersedia setiap masa untuk berbuat baik pada kita
.

..❤(。-‿◕。) DOA khas utk adik2 akak ❤(。-‿◕。).

kenangan bersama adik2 n kawan2

bergambar bersama denagan adik yang comel~~~>>>>>> nurul izawani

bergambar bersama dengan dik aida...comelnyer dia....gambar ni ambik mase kt library  negara

rakan2 seperjuangan
BHRM~sem 2~


بسم الله الرحمن الرحيم

YA ALLAH..


Mesra kami penawar duka,

Rindu kami membuah ceria..


YA ALLAH..

SILATURAHIM kami,

UKHUWAH fillah..

bermusuh kami NAUZUBILLAH,

berpisah mati INSYAALLAH,

pengubat hati doa RABITAH..


YA ALLAH..

rahmati kami meniti usia..

terpisah kami di alam NYATA,

temukan semula di taman SYURGA..❤(。-‿◕。)

SAVE PALESTINE

SAVE PALESTINE

buat diriku


♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥.
"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum dijalan da'wah & biarkan mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan untuk merasai harumnya kasih Allah"
♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥.

"sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.." (As-Saff ayat 4)

manusia adalah insan kerdil yang sentiasa melakukan kesilapan... berdampinglah kamu dengan insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan... serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan... kerana manusia itu dicptakan saling memerlukan antara satu sama lain...

♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥
menikmati HIDUP hari ini seolah2 HARI TERAKHIR...
Sehingga kita akan berDAMAI dengan semua orang..
memberikan KEBAIKAN dan yang TERBAIK..
kepada orang2 yang DEKAT kita...
Dan karena KEBAIKAN kita tersebut...
Maka orang lainpun akan MEMBALAS kebaikan...

Disitulah KEBAHAGIAAN......
♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..
Jika SENDIRI janganlah merasa sepi, ada ALLAH yang sedang mengawasi.

Jika SEDIH janganlah dipendam di hati, ada ALLAH tempat berbagi.

Jika SUSAH janganlah merasa pilu, ada ALLAH tempat mengadu.

Jika GAGAL jangan berputus asa, ada ALLAH tempat meminta.

Jika BAHAGIA janganlah menjadi lupa, ada ALLAH tempat memuja.
♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Rabbabaa Laa Tuyigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab

Ertinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 7)

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik

Ertinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Thaa’atik

Ertinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

*******************************************

ya Allah bagi lah ketenangan pada diri yang lemah ini..

buat diri ini,ku ingin berpesan:
"jangan bersedih dan jangan berputus asa..masih ada masa selagi masih ada nyawa"
buat diri ku..

ku ingin menyatakan betapa tingginya harapan ibu melihat kau berjaya..
Buat diriku,

ku ingin berpesan supaya kau tabah dalam perjuangan,berani mengharungi mehnah dan ujian..

♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥.