ulama-ulama ku

ulama-ulama ku

Sila Pilih Bahasa Yang Anda Suka =)

Ahad, 30 Oktober 2011

~Hanya Allah Yg Tahu~


kenapa diam ?
kenapa senyap ?
kenapa tak kongsi ?
kenapa tak cerita ?

entah....
tak semua benda boleh dikongsi.
tak semua benda boleh diluah, boleh dicerita.
ada perkara perlu dihadapi dan ditelan sendiri.
diluah takut membuka aib,
dicerita takut dijaja kelak.

dengan manusia, lidah kelu, walau hati sangat ingin berbicara.
tiada kata mampu menzahir segala rasa.

denganNYA,
bibir kaku, tiada kata mampu terucap.
yakin, DIA sudah sangat tahu.
hati sebak, dada terasa berat.
yakin, DIA sudah sangat mengerti.
hanya doa terzahir,
” Ya Allah, berilah kekuatan, untuk menghadapi semua ini”

...TT_TT...



Jumaat, 28 Oktober 2011

~DISANA..Peluang KEDUA itu sudah tiada~

Dalam beberapa hari ni..memang hati ini sangat berasa sedih dan berasa pilu...tp baru sekejap ni aku terbaca satu artikel yg aku rse sungguh memberiku semangat...ya.. aku tau semangat kita kdg2 ade turun naiknya...tp aku akan ambik kesempatan atas peluang kedua di atas dunia...kerna peluang itu sentiasa ada di atas dunia ini...tapi...tiada lagi peluang kedua di akhirat nanti...jom baca artikel ini... Rasanya sangat menarik untuk dikongsi.. Mungkin ada yang pernah dgr, tapi sering lupa.. Semoga cerita yang diceritakan kat bawah ni sedikit sebanyak dpt memberi kesedaran dan muhasabah pd kita..insyaAllah.. ^_^<3




Hari ini, seperti hari-hari lain dalam hidupku, Allah mengirimkan sebuah mutiara tarbiyah yang amat berharga… Setiap hari, bahkan setiap saat, Dia sentiasa menemani setiap langkah perjalananku, bersamaku dalam setiap hela nafasku, mentarbiyahku, tanpa jemu… Cuma bezanya, kadang-kadang aku terperasan tarbiyahNya, namun kebiasaannya, aku lalai dari petunjukNya.

Exam clinical Paediatrics ku tak berjalan dengan begitu baik, namun Allah Maha Tahu apa yang terbaik buatku.

Kerana kesilapanku sendiri, akhirnya aku hanya sekadar present history separuh je, prof dah suruh berhenti. Dia cakap, “Kalau you present macam ni pro nanti, you memang tak boleh pas… repeatlah 6 bulan”

Dengan terpinga-pinga, aku bangun meninggalkan prof, membawa hati yang sarat dengan penyesalan… Kalaulah diberi peluang kedua…

Dengan kuasaNya, apa-apa pun boleh berlaku pada sesiapa pun yang Dia kehendaki… Kadang-kadang, bukan kita tak tahu, tapi kita terlupa. Kadang-kadang, kita dah prepare lain, tapi yang terkeluar benda lain. Kerdilnya kita, berbanding rencanaNya.

Masih terngiang-ngiang kata-kata prof, “Kalau you present macam ni pro nanti, you memang tak boleh pas…”

Tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu…. Cuba bayangkan… Kalau depan Allah di Padang Mahsyar kelak.. setelah diperhitungkan satu per satu pahala dan dosa kita.. maka Allah mengambil keputusan…



“Kalau macam ni amalan kamu di dunia, kamu tak boleh pas, tak boleh masuk syurga…”

Cuba bayangkan andai ia benar-benar berlaku, di depan Allah Penguasa Hari Perhitungan… KeputusanNya muktamad, tiada lagi talian hayat... Dan kita tahu, andai tidak ke syurga, tiada pilihan lain melainkan ke……. neraka.

Lalu ketika itu, melututlah kita di depan Allah… menangis, merintih dan merayu…








Ya Allah, kembalikanlah aku ke dunia… Ya Allah, aku janji aku akan buat yang lebih baik… Ya Allah, akan kutaati segala perintahMu, dan jauhi segala laranganMu… Ya Allah, berikanlah aku peluang kedua, tolonglah ya Allah….
kembalikanlah aku ke dunia…








Tapi ketika itu, kita tahu… tidak akan ada lagi peluang kedua… ketika itu, penyesalan yang kita rasai, pastinya tak tergambar dek akal fikiran ini… Na’uzhubillah…

Kalau di dunia, selagi nyawa belum sampai ke kerongkongan, selagi matahari belum terbit di sebelah barat, Allah sentiasa bagi peluang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Kalau fail midterm exam pun, ada peluang untuk perbaiki masa final exam nanti. Kalau fail final pro sekalipun, boleh repeat 6 bulan dan resit pro exam lagi sekali.
Tapi, kalau fail di akhirat nanti…?


Betapa kita merayu pd Allah utk dikembalikan ke dunia, tp itu semua tidak mungkin.. Selagi kita berada di dunia ni, kutip la segala amal dan bekalan utk melayakkan kita ke syurga Allah..sebab kita tak tau, berapa banyak lagi masa yg tinggal utk kita berada kat dunia ni.. wallahualam.."akhir kata biar kita mati dalam berusaha..daripada hidup tidak buat apa-apa...."

"Salam muhasabah tanpa nokhtah!!moga Allah Redha dan kasih pd kita..aminn"^_^

Rabu, 26 Oktober 2011

♥•.¸ღ Jom Usrah Hingga Ke Syurga ღ¸.•♥



“Usrah bukan majlis ilmu,
tetapi sebahagian daripada faedah usrah adalah ilmu.

Ia juga bukan medan untuk isu-isu semasa,
namun mengetahui perkembangan semasa adalah sebahagian daripada pencapaian usrah.

Begitu juga dengan ukhuwwah, ia bukan agenda usrah,
tetapi salah satu manfaat usrah adalah terhasilnya ukhuwwah.

Usrah adalah medan yang mencantumkan ilmu,
isu semasa dan ukhuwwah,
untuk suatu agenda yang lebih besar iaitu membentuk syakhsiah muslim.
Menghasilkan manusia muslim”

 salam muhasabah tnpa n0khth!! mga kt mjdi hambaNYA yg di redh0i..amin^^


♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*¨*


Khamis, 20 Oktober 2011

•❤•sujud cintaku•❤•


Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripadaMu

Dalam menikmati kurniaanMu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redhaMu

Hanya kernaMu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali padaMu
hanya padaMu dalam
sujud cintaku. [Halim; Dalam Sujud Cintaku]

Rabu, 19 Oktober 2011

♥ Bunga Bunga Cinta ♥


















Subhanallah...warna-warnanya membuatku teruja ingin melihatnya..sgt memukaukan...Melihat dan menghayati setiap bentuk dan juga warna bunga2 ni, buatkan saya terfikir maha Hebatnya kekuasaan Allah yang menciptakan sesuatu yang indah..sungguh indah pada pandangan mata...SUBHANALLAH...sgt menenangkan bila melihatnya... 

~>firman Allah, bahawa Dia tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Setiap kejadian-Nya ada manfaatnya, sama ada tersembunyi mahupun nyata. Sungguh sempurna ciptaanNya pada pandangan. Teringat saya surah Al-Mulk:
"Maha Suci Allah yang menguasi (segala ) kerajaa, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu terbaik amalnya. Dan Dia maha Perkara, dan maha pengampun. Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu melihat sesuatu yang cacat? kemudian ulangi pandanganmu sekali lagi..dan sekali lagi, nescaya pandanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) menjadi letih" Al-Mulk;1-4

~>>Allah berbicara melalui alam....terasa halus tarbiyah yang Dia sampaikan...ambillah masa, hayati ciptaan alam...dan renunglah seketika...

ana ukhtukum fillah ♥

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.271755912847629.67914.100000396683513&type=1









Selasa, 18 Oktober 2011

‎~✿Kisah Nobita dan Shizuka‎✿~





Jom Baca Kisah Nobita & Shizuka..
Di suatu malam depan panggung wayang…
Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..
Mereka pun menuju ke i-City..
Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..
Mereka pun tiba di i-City..
Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..
Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..
Mereka pun pulang..
Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu
Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.
Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah…awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~
Suasana bertukar menjadi suram…sehinggalah nobita mula meluah perasaan…
Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi…awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan…kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..
Nobita : ……
[Pesanan  : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

ana ukhtukum fillah <3


~✿HIKMAH dr-NYA✿~


~>setiap kesusahan dan kepayahan dlm hadapi mehnah msti ada hikmahnya..kita x kn tau ape hikmahnye...tp Dia Maha tahu...AllahuAkbar...

٠•●♥Hikmah itu tidak terlihat dalam sekelip mata..
٠•●♥Hikmah itu mungkin akal tak terjangka.
٠•●♥Hikmah itu kadang hanya dapat dirasa.
٠•●♥Hikmah itu selalunya proses mendidik jiwa.
٠•●♥Hikmah itu mungkin bukan pada diri, tapi manusia lainnya.
٠•●♥Hikmah itu mungkin tidak di dunia, tapi menanti di syurga.

Mencari hikmah itu perlu...Tapi redha itu yang terdahulu...Yakinlh dengan qada dan qadar yang sudah trtentu utkmu...:)

ana ukhtukum fillah ♥

٠•●♥Jangan Sempitkan Duniamu♥●•٠




Best video ni....terima kasih pada adik  Ukhti Nur Hanani...sbb kongsi video ni ngn akak...memang memberi kesan kat hati akak ni....terima kasih dik...
dan di sini sy kongsikn utk shbt2 sy...^_^<3

~>> jgn kita sempitkn hidup kita..hnya kerana satu masalah..selagi kita ada nyawa..allah hendak kita berusaha......
"biar mati dalam berusaha...drpd hidup x buat apa2..."




ana ukhtukum fillah <3

"Salam Muhasabah tanpa nokhtah!!moga Allah redha dan kasih pd kita...aminn"

Jumaat, 14 Oktober 2011

*•.♥Kunci tauhid itu satu~> YAKIN.♥.•*




ƸӜƷ YAKIN bahwa hanya Allah yang Maha Kuasa terhadap apa yang terjadi di dunia ini
ƸӜƷ YAKIN bahwa apapun yang terjadi pada diri kita, itu semua dikehendaki oleh Allah

ƸӜƷ YAKIN bahwa Allah menghendaki kebaikan dan keburukan yang menimpa diri kita dengan suatu tujuan

ƸӜƷ YAKIN bahwa dalam setiap kejadian yang menimpa kita, itulah keputusan terbaik dari-NYA setelah ikhtiar terbaik yang kita lakukan

ƸӜƷ YAKIN bahwa doa maupun jeritan hati kita didengar oleh Allah karena DIA begitu dekat

ƸӜƷ YAKIN bahwa doa adalah senjata ampuh kaum mukmin..”


ana ukhtukum fillah

"salam muhasabah tnpa n0khth!! mga kt mjdi hambaNYA yg di redh0i..amin^^







Khamis, 13 Oktober 2011

♥ƸӜƷ ♥ disebuah restoran yg mahal..♥ƸӜƷ ♥




tok guru pn makan pakai tangan...korang x yah la malu mkn pakai tangan..ok^_^
"tok guru kesayangan Rakyat <3"


♥ƸӜƷ ♥ disebuah restoran mahal..♥ƸӜƷ ♥

seorang gadis bertudung makan seorang diri...
tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah.

~* seorang gadis dari kumpulan itu berkata :
"gadis kampung mana pulak datang restoran mahal cmne pastu makan guna tangan pulak tu...ne mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."

~*seorang anak muda pulak menyampuk:
"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."

~*seorang lagi berkata :
"eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ne..."..

~>>kemudian datang seorang lelaki yang xdikenali ke arah kumpulan remaja tu...
lelaki tu berkata:
"gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah rasulullah..bukan kerana dia gadis kampung...gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir .bukan kerana dia xtau malu...dan gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah rasulullah..bukan kerana dia pengotor"


♥ƸӜƷ ♥ perkongsian drpd Bidadari Firdausi II.^_^...



~>>saya suka makan pakai tangan....<3<3

ƸӜƷkerna Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya .. bukan orang lain. sudu dan garpu tu belum tentu bersih sbb dibsuh ngn org lain...
ƸӜƷ  Kerna Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya~> tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya..
makan mesti menggunakan tangan kanan..ok..;)


~>>Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain...klu suka mkn pakai sudu...pakai je la...xde sape pn nk melarangnye...;_


ana ukhtukum fillah

"salam muhasabah tnpa n0khth!! mga kt mjdi hambaNYA yg di redh0i..amin^^






*•.♥Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak 5 kali. dah sedia kh kita??♥.•*




ƸӜƷ Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Qur’an..

ƸӜƷ Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu shalat malam..

ƸӜƷ
Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan....

ƸӜƷ
Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan basmallah sebagai penawar....

ƸӜƷ
Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan “Laa Ilahaillallah, Muhammadar Rasullulah”, supaya kamu dapat menjawab pertanyaannya...


ana ukhtukum fillah ♥


"salam muhasabah tnpa n0khth!! mga kt mjdi hambaNYA yg di redh0i..amin^^

Rabu, 5 Oktober 2011

~*::Nasihat hijab untuk para Hawwa'::*~




Dengarkan wahai ukhti2ku..khas utkmu....sme2 kita dengarkn... 


Berhijablah wahai wanita-wanita Islam sesungguhnya kebaikan menanti kamu. Jangan takut dan jangan segan kecantikan itu pasti bersamamu...

 
حي سمعنا....و حي نأخذ الإعتبار



ana ukhtukum fillah ♥

::~*PILIHAN~>KEMURKAAN @ KEREDHAAN::*~





~*::Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang::*~

Kerna cinta dua insan,
boleh mengundang keredhaan Tuhan.

Kerna cinta dua insan,
boleh mengundang kemurkaan Tuhan.

Kerna cinta dua insan,
boleh mengundang kesan berlainan,
bergantung kepada cara perlaksanaan,
bergantung atas dasar apa ikatan.

Cinta mengundang keredhaan Tuhan,
jika berlandaskan jalan kebenaran,
kepada Allah cinta dimuarakan,
maka beruntunglah kedua insan.

Cinta mengundang kemurkaan Tuhan,
jika bertelunjukkan syaitan kesesatan,
kepada nafsu cinta dilampiaskan,
maka merugilah kedua insan.

Cinta dibina harus diperhatikan,
pastikan sah syari'atnya ikatan,
kerna cinta jambatan kebahagian,
kerna cinta sebuah kesucian,
maka jangan sesekali kita rosakkan,
dengan dosa maksiat kejahatan,
kerna tertipu bisikan syaitan.
mari bercinta kerana Tuhan...

Dengan Asma ALLAH,Aku Mencintai Mu.... ♥♥


ana ukhtukum fillah ♥
 

Ukhti Nur Seha~(نور فاصيحه يعقوب)

~*:::PENAKU MENARI:::*~




~*::Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang::*~

Berkata-katalah dengan hati,
bukan hanya melalui bibir,
ikhlas menyampai dari hati,
nescaya ada bezanya pasti.

Menulislah dengan hati,
bukan hanya tangan menaip,
pasti pembaca mampu hayati,
dari mata terus ke hati.

Mendengarlah dengan hati,
bukan hanya telinga disinggahi,
nescaya penyampai bukan kau perhati,
namun menghayati bait-bait isi...

Melihatlah dengan hati,
bukan hanya mata memerhati,
nescaya kau melihat keagungan Illahi,
di setiap darjah di setiap inci. ♥

~*penaku menari bukan untuk dipuji..bukan untuk di salah
 erti..tp untuk dikongsi..untuk ditatapi..untuk difahami..untuk menjadi makanan rohani~~SeMoGa KaLiAn MeNdApAt MaNFaaT DgN PeRkOnGsIaN Di SiNi... -'sampaikan daripadaku walau satu ayat' (hadis Nabi)*~ ♥♥ ^_^




ANA UKHTUKUM FILLAH ♥






SAVE PALESTINE

SAVE PALESTINE

buat diriku


♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥.
"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum dijalan da'wah & biarkan mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan untuk merasai harumnya kasih Allah"
♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥.

"sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.." (As-Saff ayat 4)

manusia adalah insan kerdil yang sentiasa melakukan kesilapan... berdampinglah kamu dengan insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan... serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan... kerana manusia itu dicptakan saling memerlukan antara satu sama lain...

♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥
menikmati HIDUP hari ini seolah2 HARI TERAKHIR...
Sehingga kita akan berDAMAI dengan semua orang..
memberikan KEBAIKAN dan yang TERBAIK..
kepada orang2 yang DEKAT kita...
Dan karena KEBAIKAN kita tersebut...
Maka orang lainpun akan MEMBALAS kebaikan...

Disitulah KEBAHAGIAAN......
♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..
Jika SENDIRI janganlah merasa sepi, ada ALLAH yang sedang mengawasi.

Jika SEDIH janganlah dipendam di hati, ada ALLAH tempat berbagi.

Jika SUSAH janganlah merasa pilu, ada ALLAH tempat mengadu.

Jika GAGAL jangan berputus asa, ada ALLAH tempat meminta.

Jika BAHAGIA janganlah menjadi lupa, ada ALLAH tempat memuja.
♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Rabbabaa Laa Tuyigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab

Ertinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 7)

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik

Ertinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Thaa’atik

Ertinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

*******************************************

ya Allah bagi lah ketenangan pada diri yang lemah ini..

buat diri ini,ku ingin berpesan:
"jangan bersedih dan jangan berputus asa..masih ada masa selagi masih ada nyawa"
buat diri ku..

ku ingin menyatakan betapa tingginya harapan ibu melihat kau berjaya..
Buat diriku,

ku ingin berpesan supaya kau tabah dalam perjuangan,berani mengharungi mehnah dan ujian..

♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥.