Hari ini, seperti hari-hari lain dalam hidupku, Allah mengirimkan sebuah mutiara tarbiyah yang amat berharga… Setiap hari, bahkan setiap saat, Dia sentiasa menemani setiap langkah perjalananku, bersamaku dalam setiap hela nafasku, mentarbiyahku, tanpa jemu… Cuma bezanya, kadang-kadang aku terperasan tarbiyahNya, namun kebiasaannya, aku lalai dari petunjukNya.
Exam clinical Paediatrics ku tak berjalan dengan begitu baik, namun Allah Maha Tahu apa yang terbaik buatku.
Kerana kesilapanku sendiri, akhirnya aku hanya sekadar present history separuh je, prof dah suruh berhenti. Dia cakap, “Kalau you present macam ni pro nanti, you memang tak boleh pas… repeatlah 6 bulan”
Dengan terpinga-pinga, aku bangun meninggalkan prof, membawa hati yang sarat dengan penyesalan… Kalaulah diberi peluang kedua…
Dengan kuasaNya, apa-apa pun boleh berlaku pada sesiapa pun yang Dia kehendaki… Kadang-kadang, bukan kita tak tahu, tapi kita terlupa. Kadang-kadang, kita dah prepare lain, tapi yang terkeluar benda lain. Kerdilnya kita, berbanding rencanaNya.
Masih terngiang-ngiang kata-kata prof, “Kalau you present macam ni pro nanti, you memang tak boleh pas…”
Tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu…. Cuba bayangkan… Kalau depan Allah di Padang Mahsyar kelak.. setelah diperhitungkan satu per satu pahala dan dosa kita.. maka Allah mengambil keputusan…
“Kalau macam ni amalan kamu di dunia, kamu tak boleh pas, tak boleh masuk syurga…”
Cuba bayangkan andai ia benar-benar berlaku, di depan Allah Penguasa Hari Perhitungan… KeputusanNya muktamad, tiada lagi talian hayat... Dan kita tahu, andai tidak ke syurga, tiada pilihan lain melainkan ke……. neraka.
Lalu ketika itu, melututlah kita di depan Allah… menangis, merintih dan merayu…
Ya Allah, kembalikanlah aku ke dunia… Ya Allah, aku janji aku akan buat yang lebih baik… Ya Allah, akan kutaati segala perintahMu, dan jauhi segala laranganMu… Ya Allah, berikanlah aku peluang kedua, tolonglah ya Allah….
kembalikanlah aku ke dunia…
Kalau di dunia, selagi nyawa belum sampai ke kerongkongan, selagi matahari belum terbit di sebelah barat, Allah sentiasa bagi peluang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Kalau fail midterm exam pun, ada peluang untuk perbaiki masa final exam nanti. Kalau fail final pro sekalipun, boleh repeat 6 bulan dan resit pro exam lagi sekali.
Tapi, kalau fail di akhirat nanti…?
Betapa kita merayu pd Allah utk dikembalikan ke dunia, tp itu semua tidak mungkin.. Selagi kita berada di dunia ni, kutip la segala amal dan bekalan utk melayakkan kita ke syurga Allah..sebab kita tak tau, berapa banyak lagi masa yg tinggal utk kita berada kat dunia ni.. wallahualam.."akhir kata biar kita mati dalam berusaha..daripada hidup tidak buat apa-apa...."
"Salam muhasabah tanpa nokhtah!!moga Allah Redha dan kasih pd kita..aminn"^_^♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan