♥ஜ♥(¯`•.¸ღ بسم الله الرَّ حمن الرَّ حيم ღ¸.•´¯)♥ஜ♥
❤ (。◕‿◕。)❤السَّــلام عليكم ورحمة الله وبركاته ❤ (。◕‿◕。)❤
❤.¸ღ"..Wahai saudari Muslimahku, dalam hidup ini, untuk berjuang atas nama agama, tidak semudah diucapkan di hujung bibir dan untuk menegakkan manhaj yang benar bukan semudah melagukan nyanyian di telinga manusia.
Namun, kesusahan dan kepayahan ini tidak bermakna kita perlu meninggalkan dakwah.
Kita terlalu banyak mengadu dan merintih
tentang itu yang tidak dipuashati
tentang ini yang tidak disukai
Jangan hanya sibuk dengan memikirkan tentang kekasih hati
Jangan hanya sibuk dengan mengimpikan pakaian dan aksesori
Jangan hanya sibuk dengan artis di kaca TV
Jangan hanya sibuk dengan meluah perasaan di FB
Mana al-Quran dan mana kitab hadis mu?
Mana kitab dan bahan bacaan mu?
Bergeraklah...jangan terlalu lemah!
Islam bukan sahaja memerlukan Muslimin
tetapi ia juga amat memerlukan Muslimat
Seperkara yang perlu kita ketahui
lemahnya lelaki adalah kerana manjanya wanita
Andai wanita itu manja dengan dunia
maka lelaki akan lemah pada agama
kerana wanita sering 'memaksa' lelaki
untuk menunaikan kehendak dunianya
wanita inginkan kemewahan dan kesenangan
kebanggaan dan penghormatan
akibatnya, lelaki tiada masa untuk agama
lantaran sibuk untuk menunaikan kehendak dunia wanita.
Maka lihatlah, di manakah dirimu wahai Muslimah
adakah kamu mengobarkan semangat juang lelakimu untuk dakwah?
atau adakah kamu mengobarkan semangat juang lelakimu untuk dunia?
Dan kita pula bagaimana?
Apakah yang telah dan akan kita lakukan untuk ISLAM?
Saya ada jawapan saya sendiri dan saya yakin anda sebagai insan bergelar Muslimah juga ada jawapan anda sendiri =)
Yang penting, hidup sebagai hamba Allah bukan hanya memikirkan tentang DIRI KITA SAHAJA tetapi kita ada tanggungjawab lain yang perlu difikirkan juga iaitu AGAMA ISLAM YANG TERCINTA..ღ¸.❤
"salam muhasabah tnpa n0khth!! mga kt mjdi hambaNYA yg di redh0i..amin^^
❤´``ﷲ❤* ´`•.ﷲ❤•¸.•´❤ﷲ❤*•¸.•´`¸.•❤❤´``ﷲ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan