ulama-ulama ku

ulama-ulama ku

Sila Pilih Bahasa Yang Anda Suka =)

Rabu, 4 Julai 2012

MENGHIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN




Persoalan mengenai adakah malam nisfu Syaaban mempunyai kelebihan tertentu dan adakah terdapat larangan untuk menghidupkan malam tersebut merupakan perkara khilaf di kalangan para ulama’. Namun begitu khilaf yang berlaku bukanlah untuk menimbulkan kepada perpecahan umat Islam.

Mengenai persoalan di atas, MANHAL PMRAM membawa fatwa yang diberikan oleh Syeikh Ali Jumaah, Mufti Mesir yang menyatakan harus menghidupkan malam Nisfu Syaaban kerana malam tersebut mempunyai kelebihan yang istimewa. Hujah-hujah yang diberikan dalam fatwa beliau ialah :

1-   Terdapat hadis Nabi SAW yang menerangkan berkenaan kelebihan malam nisfu Syaaban, antaranya ialah hadis yang Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

“Apabila tiba malam nisfu Syaaban maka hidupkanlah malam tersebut dan berpuasalah di siangnya, maka sesungguhnya (hari tersebut) Allah SWT turun (membuka seluas-luas pintu rahmat) ke langit dunia apabila tenggelam matahari (malam nisfu Syaaban) sehingga terbit fajar (keesokkan) seraya berkata : Ketahuilah sesiapa yang meminta ampun kepada-Ku maka Aku akan memberikan keampunan baginya, sesiapa yang memohon rezeki kepada-Ku nescaya Aku akan memberikannya rezeki dan sesiapa yang memohon kesihatan (kesembuhan) kepada-Ku akan aku berikannya kesembuhan”[1]

Walau hadis di atas merupakan dalam kategori hadis yang lemah namun terdapat banyak hadis yang lain yang menguatkannya berkenaan dengan kelebihan malam nisfu Syaaban. Hal ini sebagaimana yang diceritakan oleh Syeikh Al-Mubarakfuri dalam kitab Tuhfatul Ahwazi (jilid ke-3, m/s 442, cetakan Dar Al-Fikr), dan beliau berkata bahawa kesemua hadis-hadis tersebut (berkenaan kelebihan malam nisfu Syaaban) merupakan hujah bagi menjawab dakwaan pihak yang menafikan kelebihan malam nisfu Syaaban.

2-   Pensyariatan menghidupkan (hukumnya harus) malam nisfu Syaaban adalah berdasarkan kepada amalan para salafus soleh bahkan ia merupakan pendapat majoriti ulama’ dan ia dilakukan di Negara-negara Islam. Antaranya ialah pendapat Imam As-Syafie yang dinyatakan dalam kitab Al-Um (jilid pertama, m/s 264, cetakan Dar Al-Fikr) iaitu : terdapat 5 malam yang dimakbulkan doa iaitu malam Jumaat, malam Eidul Adha, malam Eidul Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.

3-   Berkata Imam Al-Fakihi (wafat pada tahun 272 H) di dalam kitabnya yang berjudul “ Akhbar Makkah Fi Qadimi Ad-Dahr Wa Hadisihi” (jilid ke-3, m/s 84, cetakan Dar Al-Hadhr) : antara amalan dan ijtihad penduduk Mekah pada malam nisfu Syaaban disebabkan kelebihan yang terdapat pada malam tersebut ialah mereka samada lelaki dan wanita akan keluar menuju ke masjid, mereka akan solat, melakukan tawaf dan menghidupkan malam tersebut dengan membaca Al-Quran sehingga khatam di dalam Masjid Al-Haram sehinggalah waktu Subuh dan mereka juga melakukan ibadah solat.

4-   Berkata Syeikh Zainuddin bin Nujaim Al-Hanafi (ulama’ besar Hanafi) dalam kitab yang berjudul “Al-Bahr Ar-Raiq” (jilid ke-2, m/s 56 cetakan Dar Al-Makrifat) : antara perbuatan sunat ialah dengan menghidupkan 10 malam bulan Ramadhan, dua malam Raya, malam kesepuluh Zul-Hijjah dan malam nisfu Syaaban, sebagaimana terdapat dalam hadis-hadis mengenainya (kelebihan menghidupkan malam-malam tersebut).

5-   Syeikh Ibnu Taimiyah Al-Hanbali sebagaimana yang dinyatakan dalam kitab Al-Fatawa Al-Kubra (jilid ke-5, m/s 344, cetakan Dar Al-Kutub Al-Ilmiah) : Adapaun pada malam nisfu Syaaban tersebut mempunyai kelebihan, dan para salafus soleh melakukan ibadah solat pada malam tersebut (dengan erti kata menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan melakukan ibadah).

6-   Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali menyatakan di dalam kitabnya yang berjudul “Latoif Al-Ma’arif  Fima Al-Mawasim Al-‘Am Min Al-Wazoif” (m/s 263, cetakan Dar Ibnu Kathir) : Ulama Syam berbeza pendapat dalam menyatakan sifat atau bentuk menghidupkan malam (yang mempunyai kelebihan seperti malam nisfu Syaaban) kepada 2 pandangan :

1)    Harus menghidupkan malam-malam (yang tertentu yang mempunyai kelebihan) secara berjemaah iaitu beramai-ramai di masjid. Dan ia bukan termasuk dalam perkara bid’ah (iaitu bid’ah yang terlarang).

2)    Makruh menghidupkan malam-malam (yang tertentu yang mempunyai kelebihan) secara beramai-ramai di masjid seperti solat dan zikir, namun harus iaitu tidak makruh jika melakukan secara individu. Ini merupakan pendapat Imam l-Auza’i.

Maka berdasarkan kepada perselisihan pendapat di atas, dapat dilihat bahawa ulama’ sepakat bahawa disyariatkan iaitu harus serta sunat menghidupkan malam-malam (yang tertentu yang mempunyai kelebihan), namun mereka hanya berbeza mengenai cara menghidupkannya samada secara jemaah atau sendiri, dan perbezaan yang berlaku tersebut hanya melibatkan hukum makruh, tidak sampai ke tahap yang haram. Namun yang lebih tepat ialah harus dan tidak makruh kerana suruhan berbentuk galakan menghidupkan malam-malam tersebut merupakan suruhan yang berbentuk mutlak iaitu tidak diperincikan cara bagaimana ia termasuk dalam apa jua jenis ibadah yang disyariatkan. Justeru apabila ia dilakukan secara individu mahupun berjemaah maka ia adalah satu perbuatan yang baik dan elok.

Sehubungan itu, berkenaan dengan fadhilat malam nisfu Syaaban serta menghidupkannya dengan ibadah-ibadah merupakan khilaf ulama’. Justeru MANHAL PMRAM membawakan terjemahan daripada fatwa Syeikh Ali Jumaah yang menyatakan terdapat pandangan ulama’ yang menyatakan hukumnya adalah harus. Maka bagi sesiapa yang ingin menghidupkan malam nisfu Syaaban terdapat hujah-hujah yang mengharuskan. Manakala bagi pihak yang tidak mahu menghidupkan malam-malam tersebut termasuk malam nisfu Syaaban maka ia terpulang kerana hukum adalah harus, bukan wajib. Bagi mereka yang melakukan dapat pahala sunat, dan yang tidak mahu melakukan tidak berdosa. Ia merupakan khilaf pada perkara cabang. Selaku umat Islam, kita perlu memahami adab berkhilaf dan tidak menjadikan khilaf yang berlaku sebagai perpecahan. Jagalah kesatuan umat Islam, dan beramallah dengan keyakinan berdasarkan hujah-hujah yang jelas, bukan hanya taklid tanpa pengetahuan.

Wallahu a’lam

Terjemahan dan olahan oleh :

Muhamad Zuhaili bin Saiman
Pengerusi Felo MANHAL PMRAM 2012

**Terjemahan dan olahan dari Majalah Al-Azhar, keluaran Bulan Syaaban 1433 H / Julai 2012, m/s 1834-1835



[1]  Riwayat Ibnu Majah


SUMBER : DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAVE PALESTINE

SAVE PALESTINE

buat diriku


♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥.
"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum dijalan da'wah & biarkan mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan untuk merasai harumnya kasih Allah"
♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥.

"sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.." (As-Saff ayat 4)

manusia adalah insan kerdil yang sentiasa melakukan kesilapan... berdampinglah kamu dengan insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan... serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan... kerana manusia itu dicptakan saling memerlukan antara satu sama lain...

♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥
menikmati HIDUP hari ini seolah2 HARI TERAKHIR...
Sehingga kita akan berDAMAI dengan semua orang..
memberikan KEBAIKAN dan yang TERBAIK..
kepada orang2 yang DEKAT kita...
Dan karena KEBAIKAN kita tersebut...
Maka orang lainpun akan MEMBALAS kebaikan...

Disitulah KEBAHAGIAAN......
♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..
Jika SENDIRI janganlah merasa sepi, ada ALLAH yang sedang mengawasi.

Jika SEDIH janganlah dipendam di hati, ada ALLAH tempat berbagi.

Jika SUSAH janganlah merasa pilu, ada ALLAH tempat mengadu.

Jika GAGAL jangan berputus asa, ada ALLAH tempat meminta.

Jika BAHAGIA janganlah menjadi lupa, ada ALLAH tempat memuja.
♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Rabbabaa Laa Tuyigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab

Ertinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 7)

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik

Ertinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Thaa’atik

Ertinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

*******************************************

ya Allah bagi lah ketenangan pada diri yang lemah ini..

buat diri ini,ku ingin berpesan:
"jangan bersedih dan jangan berputus asa..masih ada masa selagi masih ada nyawa"
buat diri ku..

ku ingin menyatakan betapa tingginya harapan ibu melihat kau berjaya..
Buat diriku,

ku ingin berpesan supaya kau tabah dalam perjuangan,berani mengharungi mehnah dan ujian..

♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥.