ulama-ulama ku

ulama-ulama ku

Sila Pilih Bahasa Yang Anda Suka =)

Isnin, 6 Ogos 2012

NUZUL AL QURAN Kitaabul Hidayah Memimpin Ummah





Al – Quranul Karim sebagai mukjizat yang diturunkan oleh Allah swt. di bulan Ramadhan al – Mubarak ini adalah merupakan petunjuk buat manusia mencari jalan yang benar dan betul untuk menuju redho Ilahi . Allah berfirman :

Bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah.

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

( Surah al Baqarah . Ayat : 185 )

Firman Allah swt. lagi :

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ

“… dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita Yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.”

( Surah an Nahl . Ayat : 89 )

Saudara Muslimin dan Muslimat yang dihormati sekelian :

Al Quran adalah Minhajul hayah .

Allah swt. tidak mencipta manusia tanpa garis panduan atau enakmen sebagai peraturan tetap untuk manusia mengurus hidupnya di dunia ini. Sementelah pula mereka adalah khalifah[1] Allah swt yang bertanggungjawab memakmurkan muka bumi ini berasaskan ketentuanNya yang Maha Mencipta lagi Maha Mengetahui.

Allah swt. telah meng“akta”kan tatacara kehidupan manusia di dalam al Quranul Karim sebagai akta yang wajib diterima pakai dan di daulatkan sebagai Perlembagaan Hidup samaada secara individu mahupun bernegara .

Malang 1001 kali malang , andainya kita masih mahu mencari suatu panduan dan pegangan yang lain , selain dari kitab Allah swt.. Suatu tindakan yang hanya meletakkan kita sebagai manusia derhaka , pula berhak mendapat azab Allah yang maha pedih .

Tidak sedarkah , bahawa kita adalah insan yang dicipta oleh Allah swt. dengan kejadian yang sempurna dan tiada tolok banding, agar mengabdikan diri kepadaNya dengan melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang.

Renungilah firman Allah swt :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَّكُمْ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ. وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ. فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا وَلَن تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

Dia lah Yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta Segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina Dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya Dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan Yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah Yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.

Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) Yang disediakan untuk orang-orang kafir.

( Surah al Baqarah. Ayat 21 – 24 )

Sejarah Penurunan Al Quranul Karim

Terlalu banyak perkataan ulama’ dalam menjelaskan sejarah penurunan al Quranul Karim .[2] Saya mengambil ringkasan yang meletakkan sejarah penurunan al Quran melalui 3 peringkat : [3]

Peringkat 1 :

Turun ke Loh Mahfuz dengan jumlah yang satu.

Peringkat 2 :

Turun ke Baitil Izzah di Langit Dunia dengan jumlah yang satu .

Peringkat 3 :

Turun dari Langit Dunia ke bumi ( Nabi Muhammad saw ) secara berperingkat – peringkat dalam tempoh 23 tahun .

Turunnya al Quran dari Loh Mahfuz ke Baitil Izzah di Langit Dunia inilah yang berlaku pada malam Lailatul Qadar di bulan Ramadhan al Mubarak .[4]

Bagaimana Berinteraksi dengan al Quran .

Masih ramai dikalangan ummat Islam di Negara kita hari ini menjadikan al Quran tidak lebih sekadar tangkal azimat menghambat hantu jembalang , demikian juga hanya dibaca pada malam – malam tertentu seperti malam khatam al Quran sempena majlis perkahwinan atau pun malam bacaan Yassin pada hari – hari tertentu seperti malam nisfu sya’ban , di majlis kematian dan seumpamanya.

Tidak kurang juga mereka yang membaca al Quran sekadar memerhatikan lagu qira’ahnya semata – mata tanpa sebarang tadabbur atau penghayatan terhadap kandungan al Quranul Karim kitab Mukjizat ini .[5]

Lebih parah apabila terlalu ramai ummat Islam di Negara kita tidak langsung membaca al Quran bahkan tidak tahu pun bagaimana untuk membaca al Quran .

Inilah akibat dari penghapusan tulisan jawi sejak 40 tahun yang lalu di zaman Khir Johari menjadi Menteri Pelajaran Malaysia .

Masyarakat kita tidak tahu membaca al Quran dengan baik maka bagaimanalah pula mereka mahu memahami al Quran untuk mengambil petunjuk Ilahi dalam kehidupan mereka .

Akhirnya kehidupan mereka terumbang – ambing tanpa petunjuk serta mudah pula menjadi mangsa kepada pengaruh orientalis , Islam Liberal dan pelbagai ideology ciptaan manusia yang merosakkan aqidah mereka .

Saudara Muslimin dan Muslimat sekelian .

Selayaknya kini , kita kembali ke pangkuan al Quranul Karim untuk mendapatkan pedoman ke arah jalan yang benar dan selamat bagi kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat . Firman Allah swt :

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Dan Bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu ( ugama Islam / al Quran ) Yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.

( Surah al Ana’am : Ayat 153 )

Nabi saw. telah menegaskan bahawa jalan yang lain dari petunjuk al Quran atau wahyu Allah swt. maka ia adalah jalan yang dipandu oleh syaithan alaihi laknatullah .

Rasulullah saw. pernah menggariskan satu garisan di tanah lalu berkata: هذا سبيل الله مستقيما ( inilah jalan Allah yang lurus.)

Kemudian Baginda saw. menggariskan pula dikanan dan kirinya lalu berkata: هذه السُّبُلُ ليس منها سبيل إلا عليه شيطان يدعوا إليه ( Ini adalah jalan – jalan yang tiada satu pun daripadanya melainkan terdapat syaithan yang menyesatkan . ) [6]

Lantas Baginda saw. membaca firman Allah swt :

Dan Bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu ( ugama Islam / al Quran ) Yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah .

Saudara Muslimin dan Muslimat sekelian .

Kembali ke pangkuan al Quran adalah bermula dengan kesungguhan mempelajari teknik pembacaan dan pemahaman al Quran yang betul. ( Kuasai ilmu pembacaan al Quran dan seterusnya memahami al Quran melalui pengajian secara serius )

Tiada istilah “ lewat usia ” bagi mendalami al Quran justeru ia adalah sumber kehidupan hakiki yang bebas dari kemurkaan Ilahi. Tanpa al Quran , hidup ini bagaikan hanyut ke tengah lautan tanpa bintang dan sesat di hutan rimba tanpa kompas.

Dewasa ini , terlalu banyak siri pengajian al Quran dianjurkan . Samaada secara langsung di universiti dan madrasah atau pun secara tidak langsung di masjid dan surau .

Malah ada yang mengambil inisiatif memanggil cendikiawan Islam ini mengajar di rumah mereka . Kepada mereka yang insaf dan sedar , wang tidak lagi menjadi persoalan sebaliknya apa yang penting ialah mereka dapat kembali ke pangkuan al Quran untuk mendapatkan kejernihan petunjuk Ilahi.

Tidak kurang mereka yang terperangkap dalam kesibukan dunia modern hari ini , memanafaatkan kaset dan vcd pengajian tafsir yang disampaikan oleh para ulama’ yang berkelayakan dan di percayai ilmu serta riwayatnya. Apa yang penting ialah menuntut ilmu mestilah berguru .

Berinteraksi dengan al Quran

i. Al Quran dibaca dan ditadabbur ( dihayati )

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

(Al-Quran ini) sebuah Kitab Yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab Yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami Dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang Yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.

( Surah Shod . Ayat : 29 )

ii. Al Quran dipelajari dan dilaksanakan. 

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Dan hendaklah Engkau menjalankan hukum di antara mereka Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah ( hukum di dalam al Quran ) dan janganlah Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum Yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, Hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka Dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan Sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang Yang fasik.

( Surah al Maaidah . Ayat : 49 )

Sabda Rasulullah saw :[7]

ياَ حُذَيْفَةَ تَعَلَّمْ كِتَابَ اللهِ وَ اعْمَلْ بِمَا فِيْهِ

Wahai Huzaifah pelajarilah kitab Allah dan beramallah dengan isi kandungannya .

Akibat Berpaling dan Mendustakan Ayat – ayat Allah swt.

1. Mengalami kesempitan hidup

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ
قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَىٰ وَقَدْ كُنتُ بَصِيرًا

"Dan sesiapa Yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka Sesungguhnya adalah baginya kehidupan Yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada hari kiamat Dalam keadaan buta". Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku Dalam keadaan buta, padahal Aku dahulu melihat?" Allah berfirman : Demikianlah telah datang kepada engkau ayat – ayat kami , tetapi engkau melupakannya maka demikianlah pula hari ini engkau dilupakan.”

( Surah Taaha . Ayat 124 – 125 )

2. Terhalang dari memasuki syurga Allah.

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Sesungguhnya orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan Yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang melakukan kesalahan.

( Surah al A’raaf . Ayat : 40 )

3. Menerima azab neraka yang sangat pedih. 

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar / memanggang mereka Dalam api neraka. tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit Yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

( Surah an Nisaa’ . Ayat : 56 )

Di bawah Lembayung al Quran .

Mereka yang hidupnya senantiasa berada di antara helaian al Quran akan merasakan betapa al Quran bagaikan payung yang menaungi mereka dalam banyak keadaan. Semakin rapat interaksinya dengan al Quran makin terasa dan mencengkam pengaruh al Quran di dalam dirinya .

Insan yang dipengaruhi gerak laku dan peribadinya demikian juga minda dan fikrahnya oleh al Quranul Karim menjadikan dirinya hebat dan memiliki karamah ( kemuliaan ) sebagai Insan Ahsanu Taqwim .

Pengaruh al Quran menyerap dalam diri kita melalui 5 fungsi dan peranan asasnya yang diaktifkan :

Peranan 1 : Al Quran sebagai Syifa’ ( penawar ).

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman.

( Surah Yunus . Ayat : 57 )

Peranan 2 : Al Quran sebagai Rahmat .

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ

dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita Yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.

( Surah an Nahl . Ayat : 89 )

Peranan 3 : Al Quran sebagai Nur .

قَدْ جَاءَكُم مِّنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ
يَهْدِي بِهِ اللَّهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ

Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa Yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) Yang terang-benderang, Dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan Yang lurus.

( Surah al Maaidah . Ayat : 15 – 16 )

Peranan 4 : Al Quran sebagai Hidayah .

إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi hidayah ( petunjuk ) ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.

( Surah al Isra’ . Ayat : 9 )

Peranan 5 : Al Quran sebagai Nizamul Hayah .

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

( Surah an Nisaa’ . Ayat : 59 )

Rujukan :

[1] Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". ( Surah al Baqarah . Ayat : 30 )

[2] Bagi penjelasan lanjut mengenai perbahasan panjang perbedaan pandangan ulama dalam hal ini boleh dirujuk kepada Kitab Itqan fi U’lumil Quran karangan al Haafiz Jalaaluddin Abdur Rahman as Sayuthi ( 849 – 911 ) di bawah tajuk Fi Kaifiat Inzaalihi .

[3] Rujuk Kitab : Ulumul Quran wal Hadith susunan al Qadhi asy Syari’e Ustaz Ahmad Ali Daud dari University Yarmouk Jordan . Terbitan Darul Basyiir A’mman. Muka surat 33 .

[4] Dikeluarkan oleh al Haakim , al Baihaqi dan an Nasaa’I melalui jalan Daud bin Abi Hind, dari Ikrimah , dari Ibnu Abbas rhm . Rujuk al Mustadrak Bab : أنزل القرآن جملة واحدة . . ( Jil . 2 / muka surat : 222 – 223 )

[5] Firman Allah swt : (setelah diterangkan Yang demikian) maka Adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran) ?

( Surah Muhammad . Ayat : 24 )

[6] Di riwayatkan oleh Imam Ahmad , an Nasaa’I , Abu Syeikh ibnu Hayyan dan al Haakim dari Abdullah ibnu Masu’d Rha. ( Rujuk : Tafsir al Munir oleh Ustaz Doktor Wahbah az Zuhaili Juz ke 8 / Muka surat : 101 . Terbitan Darul Fikri Damsyik.

[7] Hadis di keluarkan oleh Imam Ahmad 386 / 5 dan al Haakim 432 / 4 . Hadis Sohih


Sumber : Disini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SAVE PALESTINE

SAVE PALESTINE

buat diriku


♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥.
"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum dijalan da'wah & biarkan mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan untuk merasai harumnya kasih Allah"
♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥.

"sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.." (As-Saff ayat 4)

manusia adalah insan kerdil yang sentiasa melakukan kesilapan... berdampinglah kamu dengan insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan... serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan... kerana manusia itu dicptakan saling memerlukan antara satu sama lain...

♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥
menikmati HIDUP hari ini seolah2 HARI TERAKHIR...
Sehingga kita akan berDAMAI dengan semua orang..
memberikan KEBAIKAN dan yang TERBAIK..
kepada orang2 yang DEKAT kita...
Dan karena KEBAIKAN kita tersebut...
Maka orang lainpun akan MEMBALAS kebaikan...

Disitulah KEBAHAGIAAN......
♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..
Jika SENDIRI janganlah merasa sepi, ada ALLAH yang sedang mengawasi.

Jika SEDIH janganlah dipendam di hati, ada ALLAH tempat berbagi.

Jika SUSAH janganlah merasa pilu, ada ALLAH tempat mengadu.

Jika GAGAL jangan berputus asa, ada ALLAH tempat meminta.

Jika BAHAGIA janganlah menjadi lupa, ada ALLAH tempat memuja.
♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Rabbabaa Laa Tuyigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab

Ertinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 7)

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik

Ertinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Thaa’atik

Ertinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

*******************************************

ya Allah bagi lah ketenangan pada diri yang lemah ini..

buat diri ini,ku ingin berpesan:
"jangan bersedih dan jangan berputus asa..masih ada masa selagi masih ada nyawa"
buat diri ku..

ku ingin menyatakan betapa tingginya harapan ibu melihat kau berjaya..
Buat diriku,

ku ingin berpesan supaya kau tabah dalam perjuangan,berani mengharungi mehnah dan ujian..

♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥.