SAVE GAZA..BOIKOT BARANGAN ISRAEL TANDA ANDA AMBIL PEDULI SAUDARA DISANA
Assalamulaikum sahabat2 semua.. ana pasti ramai yang dah tahu..ramai yang dah share berita di FB and twitter tentang Palestine sekarang.. DAN ramai juga dah menyatakan boikot pada barangan israel.. Alhamdulillah..kita sebarkan..dan kite tekankan perkataan BOIKOT tu.. ana berharap juga sahabat2 menyatakan boikot dengan tindakan tidak membeli produk mereka..walaupun secara Realiti nya di Malaysia penuh barangan Yahudi tanpa kita sedari.. sahabat2 ana yang dikasihi jom dengarkan Doa yang dibacakan oleh Sheikh Misyari Rashed Alafasi untuk penduduk Gaza..moga kita dapat hayatinya..
buat anak-anak MUDA mengaku dirinya Islam tapi masih leka dan terus alpa dengan Hiburan..sedih sungguh sedih atas kelekaan antum semua.. tapi ana berharap sahabat ana di blog ini bukan lah kalian diantara mereka..
Jom kita asuh dan usahakan untuk menunjukkan kepedulian kita terhadap saudara kita disana.. 1. Dengan Tenaga
Mereka yang belajar dibidang kedoktoran dan kejururawatan ambil kesempatan untuk menolong mereka di sana.. kerena mereka semua memerlukan anda semua..dan lagi bagus kalau mereka yang mempunyai kekuatan fizikal khususnya tentera dan askar..bersama2 menyertai saudara kita disana berjihad dalam medan perang..InsyaAllah gugurnya kita adalah sebagai para syuhada..(ape pun perbetulkan niat)
2. Dengan Harta Benda
Bagi mereka yang berkemampuan dari segi harta boleh lah anda menolong dengan memberi bantuan dan sumbangan buat mereka. ini adalah saluran yang betul2 dipercayai..
Dana Sumbangan & Derma boleh di bank in :
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95
yang tak mampu memberi dengan banyak boleh lakukan Cara mudah dengan derma melalui SMS, taip PALESTIN<jarak>10 hantar ke 39111. Boleh juga 5 atau 3 atau 1. (seringit itu pun sangat bernilai buat mereka dan Allah amat tahu akan kemampuan anda)
kalau kita tidak mampu dengan semua diatas..berdoalah.. kalu israel ada senjata , kita orang Islam pun ada senjata..Doa adalah senjata kuat Orang MUKMIN..jom sama2 kita bace Doa Qunut Nazilah..
4. Dengan Solat Hajat
Jom ajak kawan2 solat hajat berjemaah ( individu pun boleh) kita pohon lah ape yang dihajat.. ( jangan lak duk hajat dapat jodoh yang baik jer.. hajat kan satu buat masa ni untuk keselamatan saudara kita di sana..hajat kan juga, moga israel ditimpa balasan dari Allah dan moga Islam Dijulang tinggi dan keaamanan dikecapi..)
5. Dengan DEMONSTRASI AMAN
kita lakukan demonstrasi dengan aman..itu saja cara yang kita boleh lakukan disini .. bile ade demontrasi ,kita sertai.. tapi jangan pula demostrasi pergi, solat jemaah kita tidak pergi (khususnyer kaum lelaki la) buat malu jer..
6. Dengan Menulis
Jom kita sama2 buat penulisan tentang kekejaman yang dilakukan terhadap palestine..kita sebarkan.. tak payah panjang pun tak pe.. sekarang ni macam2 saluran yang kita leh sebarkan contohnya melalui Blog , Facebook, twitter , tumblr dan sebagainye..
7. Dengan Ceramah
Bagi yang berilmu dan tahu lebih dalam. boleh la berceramah. kalau yang tak mampu berceramah di depan kita leh sampaikan pada kawan-kawan kita , keluarga kita sendiri pun boleh.. perkara ni tak semesti penceramah itu seorang Ustaz atau Ustazah asalkan dia ade pengetahuan yang betul..
8. Dengan BOIKOT
bagi ana ini amat penting.. kita Boikot barangan Yahudi dan juga Company yang menyumbangkan kepada mereka.
Boikot 4 produk nie..sedaya upaya kita menolak.. terlalu banyak dia menyumbang kpd israel..
dan tiada alasan utk kita katakan x nk boikot.. kalau kita sayangkan saudara kita di sana..
RM 1 yang di belanjakan di macdonald beerti anda memberikan 1 butir peluru buat zionis utk dihalakan kpd kanak2 palestine..
---------------------------------------
~itu je cara yang ana leh kongsikan~
saya nak kongsikan kata-kata pemimpin ini..
Saya nk beritahu Mesir hari ini tak sama dgn Mesir semalam. Mesir takkan biar Gaza sendirian. Kami tak takut mati. ~Dr Morsi, Presiden Mesir~
Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada para pemuda dan pemudi : ☛ Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw. ☛ aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung. ☛ para pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda. ☛ aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat. ☛ wahai puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian. #pray for gaza. Al-fatihah untuk para syuhada' di bumi Gaza.
Di Malaysia kanak-kanak dihidangkan dgn hiburan Idola kecil. Sedangkan di palestin dihidangkan dgn tentera dan bom...allah..:'(
"sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.." (As-Saff ayat 4)
manusia adalah insan kerdil yang sentiasa melakukan kesilapan... berdampinglah kamu dengan insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan... serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan... kerana manusia itu dicptakan saling memerlukan antara satu sama lain...
menikmati HIDUP hari ini seolah2 HARI TERAKHIR... Sehingga kita akan berDAMAI dengan semua orang.. memberikan KEBAIKAN dan yang TERBAIK.. kepada orang2 yang DEKAT kita... Dan karena KEBAIKAN kita tersebut... Maka orang lainpun akan MEMBALAS kebaikan...
Rabbabaa Laa Tuyigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab
Ertinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 7)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan