ulama-ulama ku

ulama-ulama ku

Sila Pilih Bahasa Yang Anda Suka =)

Jumaat, 15 Jun 2012

SELAMAT BEREHAT WAHAI SANG MURABBI..










Di Nukil Oleh : Ustaz Riduan Mohd Nor



Langit petang ini seperti rawan berduka, awan mengarak berita yang memeritkan sukma seperti petir membelah langit. Segalanya seperti kebetulan mengapa beberapa hari ini saya merasa begitu teringatkan Ustaz Yahya Othman terutama janji untuk menyusun kertas kerja tarbiah yang puluhan atau ratusan yang ditulis almarhum.

Khamis, 14 Jun 2012

~Haji atau Pilihanraya Menurut Perbahasan Syara' ~











Persoalan mengenai mana prioriti yang perlu diutamakan apabila melibatkan pertembungan ibadah Haji dan juga kewajipan mengundi sekiranya pilihanraya berlaku pada musim Haji dapat dilihat kepada beberapa aspek yang penting sebelum kesimpulan dibuat. Aspek-apek yang penting ialah mengetahui bentuk kewajipan ibadah Haji dan kewajipan mengundi dalam pilihanraya serta memahami kaedah feqh muwazanat dan feqh aulwiyat.

HUKUM MENGERJAKAN HAJI

Haji merupakan rukun kelima dalam rukun Islam. Hal ini jelas berdasarkan kepada sabda Nabi SAW :

“Dibina Islam itu atas 5 perkara (rukun), penyaksian tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad merupakan utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan puasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan.” – Bukhari dan Muslim

Bermula musim untuk umat Islam mengerjakan haji dengan ihram haji ialah pada bulan Syawal, Zulkaedah dan sehingga 10 Zulhijjah. Maka inilah ibadah Haji yang mempunyai waktu-waktu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“(Masa untuk mengerjakan ibadah) Haji itu ialah beberapa bulan yang tertentu.” – Surah Al-Baqarah : 197

Ahad, 3 Jun 2012

Gambaran "Himpunan Hijau ke Putrajaya"


Assalamualaikum...apa khabar sahabat-sahabat ana.Moga  Allah merahmati  kita semua...Update kali ana nak ceritakan  mengenai  Gambaran  "Himpunan Hijau ke Putrajaya"..Gambar berikut yang akan ana paparkan  diambil dari pelbagai sumber..mohon izin ye..Untuk membuat kenangan terindah di Blog srikandi-muslimah.blogspot.com ini..Jom lihat gambar-gambar yang ada...^_^

========================================================


Laporan Ringkas "Himpunan Hijau ke Putrajaya"






Tarikh : 1 Jun 2012 (Jumaat)
Masa : 9 malam
Tempat : Stadium Darul Aman, Kedah..

Pengerusi Majlis : YB Mahfuz Omar..


1) Kata-kata aluan daripada MC..
- Majlis dimulakan dengan al-Fatihah.
- Himpunan Hijau ke Putrajaya akan melakukan sesi jelajah ke seluruh negeri di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

2) Mukadimah daripadaTuan Rumah, Ustaz Azizan b Abdul Razak, MB Kedah.
- Laungan azan bergema di Stadium Darul Aman, merupakan pertama kali dalam sejarah selama 60 tahun lalu sejak penubuhannya. 
- Akan terus mempertahankan Kedah dari jatuh ke tangan UMNO/BN.
-Mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAS Pusat kerana memilih Kedah sebagai tuan rumah untuk program gergasi ini.

3) Ucapan daripada Mohd Zaid b Tandang. (Wakil Selebriti)
-Merupakan Pengacara di TV Al-Hijrah.
-Turut mewakili Kepulauan Borneo; Sarawak dan Sabah.
- Merupakan kaum suku Iban.- Mengambil kesempatan untuk mengucapkan 'Selamat Hari Gawai' dalam bahasa Iban, dan 'Selamat Hari Kaamatan' bagi suku kaum di Sabah yang meraikan.

4) Ucapan daripada Wan Aisyah Wan Ariffin (Wakil Artis)
 - Membenarkan bahawa 'PAS is for ALL' kerana masih menerima artis sebagai ahli mereka.
- Berpesan kepada pimpinan PAS, 'Sekiranya telah berjaya menguasai Putrajaya, jangan lupakan golongan artis ini.'
- Beliau juga turut merayu supaya para pimpinan PAS sabar dalam proses mentarbiyyah mereka, golongan artis yang ingin berubah.

5) Ucapan daripada Dato' Fauzi Shaari (Wakil Penjawat Awam)
 - Merupakan orang ketiga terpenting dalam PDRM.
- Mantan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.
-Beliau bercerita detik sebelum beliau bersara, yang mana, pernah 'diboikot' segelintir pihak, gara2, dikatakan 'orang kuat PAS', sehingga dipanggil oleh pihak atasan untuk sesi 'keterangan'.
- Beliau menyelidik terlebih dahulu perlembagaan setiap parti sebelum bersetuju menyertai PAS.
- InsyaAllah, beliau berikrar akan terus bersama dengan PAS, dalam perjuangan menegakkan al-Quran dan as-Sunnah.
- Merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Unit Keselamatan, Unit Amal dan juga PDRM, yang bekerjasama dalam memastikan kelancaran program ini.


6) Ucapan daripada A. Samad Said (Sasterawan Negara)
- Pengerusi BERSIH 3.0.
- Beliau mendeklamasikan sajak bertajuk, 'Generasi Yang Gagah', ditujukan khas buat anak-anak muda.


7) Ikrar dan Bai'ah Perjuangan.
 - Diketuai oleh Dato' Haji Mustafa Ali, Setiausaha Agong PAS Pusat.


8) Gimik Perlancaran 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya'
-Menampilkan 6 orang bekas Pemain bola Kebangsaan Malaysia.
- Sebanyak 13 biji bola ditendang, menandakan Piala Malaysia ke-13 akan bermula tidak lama lagi.
- Lagu 'Hijau Kuning' turut dimainkan dalam stadium. 


9) Sesi Penyerahan Borang Keahlian PAS Prof Dr. Nik Mohd Zin Nik Yusuf (Wakil Pegawai Tadbir), kepada Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang.


10) Ucapan daripada Prof Dr. Nik Mohd Zin Nik Yusuf (Wakil Pegawai Tadbir)
- Mantan Ketua Pengarah PTC.
- Menyeru sahabat2 yang sudah pencen, untuk turut serta dalam perjuangan PAS. 


11) Ucapan daripada Tuan Haji Mohd SabuTimbalan Presiden PAS
- Dimulakan dengan pantun :
"Sorong papan, tarik papan,
Buah kerinji dalam perahu,
Beri umpan, kita makan,
Sokong BN, kita tak mahu."

- Mengimbau kembali Peristiwa Memali, yang menuntut perjuangan jiwa dalam menegakkan syiar Islam.


12) Ucapan daripada Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS
- Bukan sesuatu yang mustahil untuk mendapatkan Putrajaya, sambil mengaitkan dengan sirah, seperti kisah kerajaan Namrud, penaklukan Kota Konstantinople dan sebagainya.
- Ahli gerakan perlu sentiasa mengawasi masa dan hubungan mereka dengan Allah Ta'ala, kerana itu syarat2 untuk mencapai kemenangan samada di dunia, mahupun akhirat.
- Kemenangan bukanlah PERCUMA, perlu dibayar dengan turun ke 'gelanggang'.


13) Ucapan dan Doa Penutup oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS
- Nik Aziz kecewa dengan isu K-Pop, namun masih lagi menasihati kita untuk terus berdoa, supaya mereka diberikan hidayah.
- Memimpin doa penutup. 


- MC mengakhiri majlis dengan berpesan kepada semua untuk berhati2 pulang ke kampung halaman, supaya kita semua dapat bergerak ke Putrajaya dan merebutnya.
- Majlis disudahi dengan tasbih kifarah dan surah al-'Asr. 


Sekian, wassalam... 




SAVE PALESTINE

SAVE PALESTINE

buat diriku


♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥.
"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum dijalan da'wah & biarkan mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan untuk merasai harumnya kasih Allah"
♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥.

"sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.." (As-Saff ayat 4)

manusia adalah insan kerdil yang sentiasa melakukan kesilapan... berdampinglah kamu dengan insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan... serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan... kerana manusia itu dicptakan saling memerlukan antara satu sama lain...

♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥
menikmati HIDUP hari ini seolah2 HARI TERAKHIR...
Sehingga kita akan berDAMAI dengan semua orang..
memberikan KEBAIKAN dan yang TERBAIK..
kepada orang2 yang DEKAT kita...
Dan karena KEBAIKAN kita tersebut...
Maka orang lainpun akan MEMBALAS kebaikan...

Disitulah KEBAHAGIAAN......
♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..
Jika SENDIRI janganlah merasa sepi, ada ALLAH yang sedang mengawasi.

Jika SEDIH janganlah dipendam di hati, ada ALLAH tempat berbagi.

Jika SUSAH janganlah merasa pilu, ada ALLAH tempat mengadu.

Jika GAGAL jangan berputus asa, ada ALLAH tempat meminta.

Jika BAHAGIA janganlah menjadi lupa, ada ALLAH tempat memuja.
♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Rabbabaa Laa Tuyigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab

Ertinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 7)

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik

Ertinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Thaa’atik

Ertinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

*******************************************

ya Allah bagi lah ketenangan pada diri yang lemah ini..

buat diri ini,ku ingin berpesan:
"jangan bersedih dan jangan berputus asa..masih ada masa selagi masih ada nyawa"
buat diri ku..

ku ingin menyatakan betapa tingginya harapan ibu melihat kau berjaya..
Buat diriku,

ku ingin berpesan supaya kau tabah dalam perjuangan,berani mengharungi mehnah dan ujian..

♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥.