ulama-ulama ku

ulama-ulama ku

Sila Pilih Bahasa Yang Anda Suka =)

Ahad, 3 Jun 2012

Gambaran "Himpunan Hijau ke Putrajaya"


Assalamualaikum...apa khabar sahabat-sahabat ana.Moga  Allah merahmati  kita semua...Update kali ana nak ceritakan  mengenai  Gambaran  "Himpunan Hijau ke Putrajaya"..Gambar berikut yang akan ana paparkan  diambil dari pelbagai sumber..mohon izin ye..Untuk membuat kenangan terindah di Blog srikandi-muslimah.blogspot.com ini..Jom lihat gambar-gambar yang ada...^_^

========================================================





Amanat Presiden PAS kepada ahli PAS;



Firman Allah:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُو ا ٱصۡبِرُو ا وَصَابِرُو ا وَرَابِطُو ا وَٱتَّقُو ا ٱللهَّ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ




Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan melaksanakan tugas masing-masing) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Ali Imran: 200)



PAS perlu mempertingkatkan akhlak kita dalam menghadapi pertembungan sengit ini walaupun menghadapi provokasi yang melampau daripada pihak lawan.



Usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan untuk memperkukuhkan jentera parti daripada peringkat pusat sehingga ke peringkat cawangan dengan mengelakkan khilaf yang tidak perlu dan mengutama semangat shura dalam membuat keputusan di setiap peringkat.



Mempereratkan hubungan dengan Allah s.w.t. dengan terus bermunajat dan bertawakkal kepadaNya bagi memenuhi ciri-ciri golongan yang mendapat pertolongan Allah.



Penutup

Saya menyeru semua ahli-ahli PAS menjadikan gerakkerja dalam PRU ke-13 sebagai sebahagian dari jihad dan ibadah dengan membetulkan niat kita , melaksanakan tugas dengan Istiqamah dan Iltizam , semata-mata mencapai keredhaan Allah.



اله أكبر ولله الحمد



Muat turun Ucapan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sempena program Himpunan Hijau Ke Putrajaya pada 1 Jun 2012 di Kompleks Kota Sarang Semut, Kedah 








Tanpa hiburan melalaikan, tanpa konsert K-Pop, ribuan anak muda membanjiri Himpunan Hijau 

Meskipun hujan turun dengan lebatnya, petugas tetap gigih berdiri bagi memastikan siaran langsung dapat ditonton oleh semua..

Demi sebuah Perjuangan... Subhanallah..terharu melihat gambar ini... AllahuAkbar!!!!



Jawatan Kuasa Harian DPPM bergambar kenangan dengan
al Fadhil Ustaz Azhar Idrus dan Tuan Guru Hj Salleh

YB Dato' Seri Ir Nizar menyampaikan ucapan ringkas sementara menantikan ketibaan Ustaz Azhar Idrus..

Ini adalah MB ana...MB yang tetap dihati..moga kemenangan baginya di PRU 13 nanti.



Ustaz Azhar bersama-sama dengan Ustaz Nasrudin Hassan 

Ustaz Azhar menyampaikan Kuliah Asar di himpunan Hijau..

Ustaz Azhar yang sentiasa 'sempoi' and 'cool' semasa menyampaikan kuliahnya dan membuatkan anak-anak muda tidak kekok dan selesa bersama-sama dengan Ulama..Namun begitu, beliau tetap tegas memperkatakan yang mana haq  dan yang mana batil.



Semoga al Fadhil Ustaz Azhar Idrus akan terus menjadi ikon serta pemangkin kepada generasi muda untuk mendekati majlis-majlis ilmu dan kembali kepada jalan kebenaran menuju kepada Allah S.W.T

CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS...selamat menonton!!! ^_^


Kibaran bendera Parti Islam SeMalaysia oleh Ustaz Azhar dengan diiringi oleh laungan Takbir oleh ribuan anak-anak muda di Stadium Darul Aman..

Big bos pilih Hijau..awok2 pilih hok mana??? ^_^


Solat Maghrib berjemaah disusuli solat hajat dan munajat perdana yang diterajui Tuan Guru Haji Saleh Musa Sik

Sasterawan negara Dato' A. Samad Said mendeklamasikan puisi 'Generasi yang Gagah..



 

Ucapan & Amanat YB. Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS



Ucapan, Amanat & Doa YAB. Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Al-Mursyidul Am PAS 

Kedua-dua Ulama Yang ana Hormati dan sanjungi

Peserta himpunan dikejutkan dengan beberapa das tembakan letupan bunga api sebaik sahaja selesai bacaan Bai'ah di Stadium Darul Aman. Pihak penganjur mengesahkan 'persembahan bunga api' tiada dalam perancangan, diletupkan dari luar stadium.


Foto pembacaan Bai'ah (ikrar janji) diketuai oleh Dato' Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS Pusat

          

KU LIHAT HIJAU <3




~ana nak tunjuk satu lagi Video...Video ini hanya 30 saat..Ianya mengambarkan suasana hebat KEGEMILANGAN ISLAM DI MALAYSIA..mabruk buat semua penyokong setia Parti Islam Semalaysia..tetap teguh dalam memperjuangkan ISLAM di negara kita ini...kalian semua telah mencipta sejarah..Saksikan Lautan dan gelombang HIJAU.. AllahuAkbar!!!!AllahuAkbar!!!AllahuAkbar!!!!

2 ulasan:

SAVE PALESTINE

SAVE PALESTINE

buat diriku


♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥.
"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum dijalan da'wah & biarkan mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan untuk merasai harumnya kasih Allah"
♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥.

"sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.." (As-Saff ayat 4)

manusia adalah insan kerdil yang sentiasa melakukan kesilapan... berdampinglah kamu dengan insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan kesalahan... serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan... kerana manusia itu dicptakan saling memerlukan antara satu sama lain...

♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥
menikmati HIDUP hari ini seolah2 HARI TERAKHIR...
Sehingga kita akan berDAMAI dengan semua orang..
memberikan KEBAIKAN dan yang TERBAIK..
kepada orang2 yang DEKAT kita...
Dan karena KEBAIKAN kita tersebut...
Maka orang lainpun akan MEMBALAS kebaikan...

Disitulah KEBAHAGIAAN......
♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..
Jika SENDIRI janganlah merasa sepi, ada ALLAH yang sedang mengawasi.

Jika SEDIH janganlah dipendam di hati, ada ALLAH tempat berbagi.

Jika SUSAH janganlah merasa pilu, ada ALLAH tempat mengadu.

Jika GAGAL jangan berputus asa, ada ALLAH tempat meminta.

Jika BAHAGIA janganlah menjadi lupa, ada ALLAH tempat memuja.
♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Rabbabaa Laa Tuyigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab

Ertinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 7)

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik

Ertinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Thaa’atik

Ertinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

*******************************************

ya Allah bagi lah ketenangan pada diri yang lemah ini..

buat diri ini,ku ingin berpesan:
"jangan bersedih dan jangan berputus asa..masih ada masa selagi masih ada nyawa"
buat diri ku..

ku ingin menyatakan betapa tingginya harapan ibu melihat kau berjaya..
Buat diriku,

ku ingin berpesan supaya kau tabah dalam perjuangan,berani mengharungi mehnah dan ujian..

♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥..♥..♥..♥..♥♥.